Izz Sekarang Dah Pandai…
Jun 1st, 2008 by abah
Jun 1st, 2008 by abah
Jan 16th, 2008 by abah
Jan 14th, 2008 by abah
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an’am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Ini adalah gambar lembu yang bakal menjadi korban dan akikah bagi Izz. Lembu ni telah dibahagikan kepada tujuh bahagian. Satu bahagian untuk akikah Izz, dua bahagian untuk akikah Muhammad Irham, dan empat bahagian lagi untuk korban.

Ayah Pa Izz dah merebahkan lembu yang bakal disembelih.

Lembu sedang disembelih. bagi yang berani macam Ayah Pa, Ayah Ki dan Chek Izz, diorang duduk dekat-dekat dan tolong pegang lembu. bagi yang kurang berani, tengok dari kejauhan jer… tajam sungguh pisau Pak Jah yang jadi tukang sembelih tu…

Tugasan melapah diserahkan kepada yang pakar. Yang kurang pakar jadi tukang ambil gambar jer laa…

Kemudian daging dibahagikan kepada tujuh bahagian…

Byee…
Dec 27th, 2007 by abah
Hari raya korban hari tu Izz balik kampung di Kelantan.

Bukan main gembira lagi Izz sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan baru yang sumanya budak-budak kecik sepupu-sepupu Izz.

Yang ni namanya Aina Maisarah. Aina ni anak Ayah Ki Izz.

Yang ni pulak Mustaqim anak Ayah Pa Izz.

Yang ni pulak namanya Alin Husna, pun anak Ayah Ki Izz. Alin Husna adalah adik Aina Maisarah, baru umur tiga bulan tapi tengoklah,..badan diaa….

Yang ni pulak Muhammad Irham. Muhammad Irham adik Mustaqim. Irham baru umur 20 hari masa ni..

Oklah, itu jer.. nanti cerita pasal kenduri akikah Izz…